Jenis fotografi udara Fotografi_udara

Gambar condong ("Oblique")

Gambar yang diambil pada sudut dikenali sebagai fotografi oblique. Jika ia diambil dari kapal terbang permukaan bumi sudut kecil, ia dikenali sebagai oblique rendah dan gambar yang diambil dari sudut tinggi dikenali sebagai tinggi atau oblique curam.[7]

Fotografi tegak

Fotografi tegak di ambil lurus ke bawah.[8] Ia biasanya digunakan dalam fotogrametri dan penafsiran imej. Gambar yang akan digunakan bagi fotogrametri biasanya secara tradisi diambil menggunakan kamera format besar khas yang dilengkapi dengan ciri-ciri kaliberasi dan geometrik dokumentasi.

Gabungan

Fotografi udara seringkali digabung. Bergantung kepada matlamatnya, ia boleh dilaksanakan menurut beberapa cara, di mana sebahagian darinya disenaraikan di bawah.

  • Panorama boleh dihasilkan dengan mencantum beberapa gambar yang diambil dengan kamera pegangan tangan.
  • Dalam pictometri lima kamera dipasang kaku memberikan satu gambar tegak dan empat gambar condong yang boleh digunakan bersama.
  • Dalam sesetengah kamera digital bagi imeh fotogrametri udara daripada beberapa unsur pengimej, kadangkala dengan lens berbeza, tepat secara geometrik dan digabung kepada satu imej dalam kamera.

Orthofoto

Rencana utama: Orthophoto
Pteryx UAV, UAV awam bagi fotografi udara dan foto pemetaan dengan kepala kamera stabil olengan

Gambar tegak sering kali digunakan bagi mencipta orthofoto, gambar yang telah dibetulkan secara geometrik agar boleh digunakan sebagai peta. Dalam erti lain, orthofoto adalah simulasi gambar yang di ambil dari jarak jauh, melihat langsung ke bawah dari nadir. Perspektif pastinya perlu disingkirkan, tetapi variasi permukaan bumi perlu dibetulkan juga. Banyak transformasi geometrik digunakan pada imej, bergantung kepada kaitan pembetulan perspektif dan mukabumi yang dikenakan pada bahagian tertentu imej.

Orthofoto biasanya digunakan dalam sistem maklumat geografik, seperti yang digunakan oleh agensi pemetaan (contohnya. Pengukur Ordnance) bagi mencipta peta. Apabila imej telahpun diselaraskan, atau didaftar, dengan kordinate dunia sebenar yang diketahui, ia boleh digunakan secara meluas.

Set orthofoto besar, biasanya dihasilkan dari pelbagai sumber dan dipecahkan kepada "jubin" (seiap satu biasanya bersaiz 256 x 256 pixel), dan digunakan secara meluas pada sistem pemetaan di talian seperti Google Maps. OpenStreetMap menawarkan kegunaan orthofoto yang serupa bagi menghasilkan data peta baru. Google Earth menindan orthofoto atau imej satelit pada model elevasi digital bagi simulate permukaan 3D.